Latar belakang

Saturday, July 21, 2012

Cara yang salah pemakaian perfume


Cara Salah Pemakaian Perfume

Anda pakai perfume tapi tak wangi macam kawan anda, padahal sama-sama pakai perfume yang berkualiti  Anda tak puas hati, orang di sekeliling semua memujinya dek kerana wangi badannya, tapi seorang pun tak puji anda. Kenapa? Kalau anda nak tau, sebabnya adalah anda menggunakan perfume dengan cara yang salah!

1. Pakai perfume semasa tubuh masih basah

Biasanya kita memakai perfume selepas mandi. Tapi jangan terus memakainya setelah habis mandi. Pakai setelah badan agak kering. Tunggu sejenak agar kulit anda mengeluarkan minyak semulajadi dari tubuh supaya perfume tersebut lebih serasi dengan minyak pada kulit anda.

2. Pakai perfume lebih daripada satu pada masa yang sama

Setiap perfume mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya anda menggunakan perfume lebih daripada satu pada masa yang sama, keharmonian perfume akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap perfume dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu, elakkan menggunakan lebih daripada satu jenis perfume pada masa yang sama kerana ia menjejaskan keharmonian bau.

3. Pakai di tempat yang salah

Perfume berkesan kepada kulit yang 'panas' dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume.

4. Pakai dari atas ke bawah

Selalunya kita pakai perfume mula dari badan ke bawah kan? Cuba terbalikkan iaitu mulakan dari bahagian pergelangan kaki ke atas sehingga ke belakang telinga. Kaedah ini dapat menguatkan lagi bauan perfume tersebut.

5. Pakai perfume di baju

Pakai perfume pada badan bukannya pada baju. Selalu kita pakai perfume selepas pakai baju kan? So kali ni pakai perfume dulu baru pakai baju.

6. Menggosok perfume selepas pakai

Kalau jenis spray, selepas di spray di pergelangan tangan, jangan di gosok perfume tersebut kerana molekul perfume akan pecah seterusnya note atas or median akan hilang. Ini akan menyebabkan bau perfume menjadi kurang tahan lama.

7. Pakai perfume di tempat letak barang kemas/perhiasan/jam tangan

Anda juga jangan memakai perfume dekat barang kemas/perhiasan/jam tangan. Unsur-unsur kimia yang terdapat dalam barang-barang tersebut boleh mempengaruhi bau perfume apabila bercampur. Selain itu, dikhuatiri juga perfume akan merosakkan barang-barang tersebut.

8. Letak perfume di tempat terlalu panas/terlalu sejuk

Faktor terakhir kenapa perfume anda pakai tidak menghasilkan bau yang maksimum adalah kerana anda menyimpan perume tersebut pada suhu yang tidak sesuai seperti dalam kereta yang terdedah dengan suhu yang panas. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Suhu yang tidak sesuai akan memusnahkan molekul-molekul yang membentuk bau wangi perfume tersebut.

Untuk memesan perfume , sila sertakan 

Nama :
No telefon :
No kod perfume :
Bilangan perfume yang dipesan :
Jumlah RM :
Slip bank

Bank in kan wang korang ke :
Maybank 154026518138 atas nama Wan Halimaton Saadiah bte Wan Ismail
Peringatan : Sila bank in dulu sebelum hantar form ni then scan dan emailkan ker qaseh1503@yahoo.com


Untuk yang ingin pesan melalui pos , sila nyatakan

Nama :
Alamat penuh :
No telefon :
No kod perfume :
Bilangan perfume yang dipesan :
Jumlah RM :
Slip bank

Sebarang pertanyaan buleh diajukan di Facebook   - https://www.facebook.com/amordiah atau email di qaseh1503@yahoo.com